Monday, January 27, 2014

Membina Tiang Tingkat Atas | Minggu Ke-8

Kepuk-kepuk beam dibuka dan pekerja mula menaikkan barang-barang binaan ke tingkat atas.




Serentak dengan itu juga, besi konkrit untuk tiang mula dipasang.



Setelah itu kepuk tiang konkrit dipasang dan ditegakkan. 


Campuran simen, pasir dan batu kemudiannya dituang ke dalam kepuk tiang.






Tuesday, January 21, 2014

Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-7

Di minggu ke-7 kerja-kerja memasang besi bagi lantai slab masih diteruskan. 

Setiap penghujung besi dicangkukkan ke dinding bangunan asal bagi menjamin kekuatan.


Kerja-kerja mencangkuk dan mengikat besi sepertimana gambar di atas.

Dapat dilihat dengan jelas dalam gambar di atas jaringan petak-petak kecil yang dibentuk dari rangkaian besi yang dihamparkan secara bersilang lalu diikat. 
Bahagian dinding bangunan utama diketuk sehingga menampakkan besi tetulang bagi tujuan mencangkuk besi yang baru.

Seterusnya, lori siput dipanggil untuk memuntahkan simen ke seluruh papan lantai slab dan beam.




Tuesday, January 14, 2014

Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-6

Kerja-kerja membina lantai slab diteruskan pada minggu ini. Satu jaringan besi dipasang dan diikat antara satu sama lain.



Perhatikan juga didalam gambar, dipasang corong saluran mangkuk tandas, paip saluran air mandian dan air sinki. Anda perlulah memberitahu tukang di mana corong-corong ini perlu diletakkan mengikut cita-rasa anda.
Bila simen dilepakan pada papan lantai slab dan telah mengering, corong ini akan membentuk satu lubang bulat. Kaedah ini lebih baik untuk memastikan tiada kebocoran lantai.



Terdapat 6 orang pekerja yang begitu sibuk melakukan kerja pada peringkat ini.



Tuesday, January 7, 2014

Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-5

Kepuk-kepuk beam dibina menyusuri setiap dinding. Manakala papan plywood dipasang bagi melapik curahan simen untuk membina lantai atas.




 Tongkat-tongkat kayu dipacak bagi menyokong lantai atas dan beam.


Kerja-kerja kasar ini memakan masa yang panjang kerana setiap beam perlu dimasukkan besi yang diikat terlebih dahulu. Satu pasukan membina kepuk-kepuk beam manakala satu lagi pasukan membina besi konkrit.

Monday, January 6, 2014

Mengikat Batu Bata Untuk Binaan Tingkat Bawah | Minggu Ke-4

Bilangan tenaga kerja ditambah kepada jumlah 8 orang berbanding 6 orang sebelum ini. Ini bertujuan menyiapkan kerja-kerja mengikat batu bata pada tempoh yang singkat.



Nampak macam senang je kerja ikat batu bata ni. Rasa macam aku pun boleh buat. Ambik benang sebagai penanda kelurusan baris bata yang diikat, kemudian letak sikit simen dan susun aje macam dalam gambar tu.



Besi halus yang segulung tu dinamakan "entah", aku lupa lak nak tanya menatang apa tu. Nanti aku semak kat Google. Dihampar atas batu setiap 3 kaki kot.



Banyak dinding maka banyakla batu kena ikat. Yang aku perasan, bahagian dinding yang tiada tingkap, mereka tak kisah samaada batu yang diikat mencuram ke kiri atau kanan. Tapi dinding yang mempunyai tingkap mesti "level" kedudukan batunya jika tidak, akan memberi kesan pada kedudukan tingkap.

Thursday, January 2, 2014

Membuka Kepuk Tiang Konkrit | Minggu Ke-3

Semalam semua pakat cuti tahun baru 2014. Cuti-cuti jugak, jangan sampai projek lebih tempoh pulak nanti. Hari ini kepuk-kepuk tiang konkrit dibuka macam belah lemang.



Serentak dengan pembukaan kepuk-kepuk tersebut, sebahagian pekerja mula memasukkan ketulan-ketulan batu-bata ke petak binaan. Mereka memilih untuk mengikat batu batu dahulu sebelum membina beam tingkat atas. Ada aku nampak sesetengah binaan membina rangka keseluruhan terlebih dahulu barulah kerja mengikat batu bata dilakukan, tapi lain pulak cara mereka. Rasanya tidak salah mana-mana dulu pun boleh.






Wednesday, January 1, 2014

Membina Tiang Konkrit | Minggu Ke-3

Beberapa hari sebelum lantai asas dilepakan, team projek menyiapkan kepuk tiang untuk tujuan membina tiang konkrit. Kepuk dibuat secara bertangga, mungkin bertujuan agar mudah dipanjat, mudah dipalang untuk menguatkan kedudukan kepuk. Mungkin juga untuk memudahkan kepuk diketuk untuk dileraikan dari simen konkrit yang mengeras.

  

Didalam gambar dibawah, kelihatan kepuk-kepuk tiang telah didirikan dan banyak palang kayu dipaku ke kepuk untuk menstabilkan kedudukan kepuk secara menegak. Penggunaan ladung pengukur digunakan untuk memeriksa ketegakan kepuk kayu. Ini penting dilakukan sebelum simen konkrit dicurahkan ke dalam kepuk.


  

Setelah kesemua kepuk dipastikan tegak dan disokong oleh palang-palang kayu untuk mengekalkan kedudukan kepuk dari beralih apabila dipanjat, seterusnya simen konkrit dicurahkan.

Kebiasaannya pekerja dengan badan bersaiz kecil akan memanjat kepuk untuk mencurahkan simen. Kalau badan besar gedabak, mungkin tak sesuaila, takut kepuk jadi senget dan kena ukur balik.

Monday, December 30, 2013

Memasukkan Simen Ke Lantai Asas | Minggu Ke-3

Seawal pagi lagi, kerja melepa simen asas untuk lantai. Kerja paling mudah, setiap plastik diperbetulkan begitu juga besi BRC. Lori simen akan mencurahkan muatannya ke dalam petak lantai yang terhampir. Menggunakan penyodok, mereka akan meratakan simen ke segenap inci lantai.


Beginilah keadaannya setelah siap dilepa. Nampak tak kemas, tidak mengapa sebab diperingkat akhir projek, akan diratakan lantai tersebut.


Untuk keluasan sebegini memerlukan 2 lori simen. Sementara menunggu simen kering, mereka sambung kerja-kerja mengikat besi. Kali ni semua sekali ikat besi sebab takde kerja boleh dilakukan di petak binaan.


Saturday, December 28, 2013

Memasang Plastik Penghalang Kelembapan Tanah Dan BRC - Minggu Ke-2


Macam buat petak tanam sayur pun ada nampaknya. Lapisan plastik bawah besi petak-petak tu adalah untuk menghalang kelembapan air dari tanah menyerap ke lantai. Kalau sesiapa nak buat lantai laminated floor memang digalakkan pasang plastik ni.



Besi petak-petak tu dipanggil BRC. Apa itu BRC?



Friday, December 27, 2013

Membina Tapak Lantai Tingkat Bawah - Minggu Ke-2

Setelah laluan paip najis dan paip air dapur, sinki basuh tangan disiapkan, lalu kerja-kerja meratakan tanah dilakukan. 



Banyak juga tanah yang dibuang kerana lubang footing yang digali agak besar. Tanah dibahagian tepi grid beam dimampatkan. Tukang akan memastikan laluan paip sepertimana yang dikehendaki oleh tuanrumah. Adakalanya apa yang tercatat di pelan rumah adalah berdasarkan pada idea 3-4 bulan yang lepas, bila pelan dah lulus, datang pulak idea baru. Jadi, pindalah apa yang patut asalkan jangan pinda pelan asas rumah udahlerrr...


Tuesday, December 24, 2013

Menyiapkan Keseluruhan Grid Beam | Minggu Ke-2

Semalam hari Ahad, tukang tak bekerja. "Ini hari off, esok public holiday, lusalah boss", kata-kata siapa tu, cuba teka.

Kerja memasang grid beam diteruskan dengan sebahagian pekerja mengikat besi dan sebahagian yang lain memasukkan tetulang beam ke dalam kepuk.



Serentak dengan itu juga, simen dicurahkan ke dalam kepuk sehingga paras besi atas tetulang. Bahagian atas memang ditinggalkan sedikit untuk meletak besi BRC. Entah aku pun tak tau apa makna BRC.



Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit

Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di ap...