Thursday, May 8, 2014

Mengalih Kabel Letrik

Untuk mengalih kabel letrik, dinasihatkan anda mendapatkan khidmat TNB. Bukannya apa, ini elektrik bukan air, salah alih mungkin mendatangkan kecederaan parah.

Dalam setiap rumah yang ingin diubahsuai, sekiranya ia melibatkan pengalihan meter atau penambahan sisi rumah dibahagian tepi, maka, khidmat TNB diperlukan untuk melakukan kerja-kerja pengalihan tersebut. Lihat gambar dibawah ini.
mengalih kabel letrik

Dalam gambar di atas tapak bekalan letrik yang asal terletak dibahagian dinding yang mempunyai tongkat kayu. Lokasi baru ialah dibahagian kanan disisi paling tepi.

Apabila ada penambahan binaan dibahagian tepi rumah, punca bekalan masuk elektrik dari tiang TNB perlu dialihkan ke tapak baru. Jika anda melakukan urusan terus dengan pihak TNB, kosnya lebih murah berbanding jika anda meminta pihak kontraktor yang menguruskannya. Sudah tentu kontraktor akan memasukkan komisyen mereka ke dalam sebutharga. Prosidur permohonannya juga tidaklah sesukar manapun.

Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke pejabat TNB kawasan dan anda akan diminta untuk mengisi borang permohonan. Dail 1300-88-5454 untuk pertanyaan berkenaan pejabat TNB kawasan yang terdekat dengan tapak projek. Bawa juga bil elektrik supaya mudah mengisi nombor akaun. Selepas itu, pihak TNB akan menghantar staf mereka ke tapak projek untuk membuat pengiraan harga. Harga adalah berdasarkan panjang kabel yang perlu disambung. Jangan bimbang, mereka akan menelefon anda terlebih dahulu untuk memastikan anda berada di tapak projek.

Anda perlu tunggu sehingga mendapat panggilan telefon dari pihak TNB berkenaan kos mengalih kabel letrik dan sekiranya anda bersetuju, anda perlu pergi ke pejabat TNB kawasan untuk membuat bayaran dan seterusnya work order akan dikeluarkan. Pihak TNB akan menelefon anda untuk memastikan anda atau wakil anda berada di tapak projek bagi melaksanakan kerja-kerja mengalih kabel letrik. Keseluruhan proses ini hanya mengambil masa kurang dari 3 minggu.

Dan juga, sekiranya meter ingin dialihkan, anda perlu mendapatkan khidmat wireman untuk melakukan kerja pengalihan papan meter SEBELUM pihak TNB tiba untuk mengalihkan kabel letrik. Tugas TNB hanyalah mengalih dan menyambung kabel letrik sehingga ke papan meter sahaja. 

Friday, May 2, 2014

Kontraktor Jelmaan

Ini bukan kisah seram yang menjelma sana, menjelma sini. Apa yang dimaksudkan disini ialah diri aku sendiri kini terpaksa memikul tugas sebagai kontraktor untuk meneruskan projek rumah aku yang dah terbengkalai. Sedih benar melihat rumah yang tiada pekerja. Kalau dulu penuh dengan hiruk-pikuk pekerja ditambah pula dengan bunyi ketukan dan mesin, kini, sunyi sepi.

Aku memanggil beberapa kontraktor termasuk juga beberapa tukang untuk mendapatkan sebutharga. Semua kena bermula dari ZERO. Mintak sebutharga, timbang-timbang dan pilih. Nasihat aku kepada mereka ialah bersedialah dengan pen dan kertas bila datang. Aku juga mendapatkan harga dari tukang tetapi harga yang diberikannya agak tinggi. Seolah-olah dia memasukkan hutang kontraktor dengan dia ke dalam sebutharga yang diberi. Begitu juga dengan wireman. Wireman datang memberikan sebutharga yang bagi setiap point letrik - lampu, kipas, aircond, heater dan sebagainya. Terus-terang aku katakan kepadanya, adalah tidak adil jika dia memasukkan hutang kontraktor dengan dia ke dalam sebutharga baru. Sebutharga mesti mengikut kerja-kerja yang akan disambung BUKANNYA kerja dari awal projek. Kalau macam ini, mampusla akuuuuu!!! Hutang orang lain aku pulak tolong bayarkan!

Tukang kerjanya boleh dikatakan bagus dan teliti, manakala wireman orangnya baik. Memang mudah jika aku meneruskan dengan tukang asal dan wireman tetapi atas faktor harga, aku terpaksa meneruskan projek ini tanpa mengambil khidmat mereka. 

kontraktor jelmaan

Akhirnya aku memutuskan untuk meneruskan projek ini dengan aku sendiri menjadi kontraktor jelmaan. Apalagi, pelan dibuka, tangan dihayun, kaki melangkah lalu duit melayang. Hahahaha..... nampak tak bayang-bayang aku dalam imej pelan rumah di atas. 

Diri aku ni bukanlah asing dalam melakukan kerja-kerja kasar. Kemampuan melakukan kerja-kerja D-I-Y memang boleh diharapkan. Takde orang lain nak puji biar aku sendiri yang bagi kredit pada diri aku sendiri. Lagipun arwah ayah aku dulu seorang yang gemar bertukang membina almari, kepuk langsir, kabinet dapur dan sebagainya. Dan aku pula sentiasa mengikut dia bekerja. Peralatan tukang toksah cakapla, memang banyak tapi jenis zaman dinasour la. Ketam kayu manual pernah tengok?

Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit

Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di ap...