Tuesday, June 2, 2015

Konsep Looping Pendawaian Elektrik

Kalau dah janji kenalah ditunaikan. Dalam posting sebelum ini aku pernah kata yang aku akan kongsikan berkenaan konsep looping pendawaian elektrik. Bahagian ini penting untuk korang ketahui agar tiada masalah bebanan elektrik pada satu-satu MCB.

Apa itu MCB?
Miniature Circuit Breaker. Yang kecik kurus tinggi tersusun rapat. Suis lampu, kipas, aircond dan sebagainya akan disambungkan ke MCB. Nak explain detail aku tak pandai. Lagipun kalau teknikal sangat nanti...kau dengan aku-aku sekali pening. 

Apa itu ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker)?
Nak explain secara detail tak pandai lak. Tapi ini adalah petikan di internet.

kotak suis utama
MCB, ELCB dan Main Switch Pada Kotak Suis Utama

An Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) is a safety device used in electrical installations with high earth impedance to prevent shock. It detects small stray voltages on the metal enclosures of electrical equipment, and interrupts the circuit if a dangerous voltage is detected. Once widely used, more recent installations instead use residual current circuit breakers which instead detect leakage current directly.

http://en.wikipedia.org/wiki/Earth_leakage_circuit_breaker

Ringkasnya, ELCB adalah satu alat untuk mengelakkan renjatan elektrik sekiranya berlaku kebocoran arus elektrik yang disebabkan oleh kabel elektrik tersentuh sesama sendiri. Bagaimana boleh tersentuh sesama sendiri? Adakalanya kabel tidak diikat dengan kemas atau mungkin penebat kabel elektrik mencair.

Hubungan MCB Dengan Soket/Suis Elektrik Di Rumah

Kebiasaannya 1 MCB digunakan untuk satu aircond sahaja. Tidak dikongsikan dengan MCB yang digunakan untuk lampu dan kipas. Lampu pula dibahagi-bahagikan sama rata. Contohnya, 6 lampu untuk 1 MCB dimana 3 lampu di tingkat atas dan 3 lampu di tingkat bawah. Ini untuk memastikan masih terdapat lampu lain yang masih boleh digunakan di tingkat lain sekiranya 1 MCB telah rosak. Kalau 6 lampu di tingkat bawah dipasang pada 1 MCB, akan menyebabkan ruang bawah gelap-gelita tanpa ada satu lampu pun yang boleh dihidupkan.

Apa yang penting di sini ialah kemahiran dan "kerajinan" seseorang wireman. Ada wireman yang tak mahir, main hentam aje cara pengagihan bekalan elektrik. Ada jugak dah keliru sebab masa tarik kabel elektrik, kontraktor lain dan bila tiba pasang MCB panggil dia pula. Dah dia jadi kambing hitam pulak.

Ada juga wireman yang mahir tapi malas. Malas nak fikir, dia main lanyak aje asalkan bila pasang lampu, lampu menyala, bila pasang kipas, kipas berpusing (kalau kipas menyala, baik korang cepat pindah dari rumah tu).

Habis dah mukaddimah... yang ini cerita ikut tajuk pulak.

Konsep Looping Pendawaian Elektrik

Jika korang dapat wiremen yang jujur dalam erti kata dia buat sepertimana dijanjikan dan pada kos yang munasabah. Ada wireman janji akan kurangkan looping dan buka harga rendah. Tapi hakikatnya dia bantai banyak looping, memangla boleh bagi harga murah. Dia dapat "curi" harga kos memandangkan kurang penggunaan kabel dalam pendawaian yang dia lakukan. 

Jika tidak banyak looping, wiremen terpaksa gunakan wayar yang banyak. Segulung wayar bersaiz 1.5mm sepanjang 100m berharga sekitar RM30, manakala wayar bersaiz 2.5mm sepanjang 100m pula berharga sekitar RM50. Ada yang ada cop SIRIM dan ada yang tiada. Sudah tentu yang tiada cop SIRIM lebih murah. Wireman juga dapat "curi" harga kos pada jenis kabel elektrik yang digunakan.

Kalau jumpa yang jujur, wireman sepatutnya beri harga berdasarkan opsyen :
banyak looping + kabel SIRIM = RM A
kurang looping + kabel SIRM = RM B
banyak looping + kabel biasa = RM X
kurang looping + kabel biasa = RM Y

Banyak kombinasinya => Looping? Kabel SIRIM? Saiz kabel?

Jadi berbincanglah dengan wireman tentang harga yang masuk akal.


Jom kita lihat pada konsep looping pendawaian elektrik.

Dalam gambarajah di atas, kesemua 4 buah lampu, peti sejuk dan penghawa dingin mudah alih diloopkan bersama. Ini merupakan kaedah yang tidak betul dan wajar dielakkan. Perhatikan hanya 3 kabel sahaja yang pergi ke kotak suis utama (distribution box - DB).

Kelebihan : Jimat penggunaan kabel, jadi jimat kos.
Keburukan : MCB menanggung beban yang tinggi jika wayar neutral yang pergi ke DB bermasalah, kesemua 4 lampu, peti sejuk dan penghawa dingin tidak dapat digunakan.



kaedah looping pendawaian elektrik
Manakala dalam gambar di atas pula, terdapat 9 kabel yang disambungkan ke DB. Ada 3 MCB yang akan gunakan iaitu 1 untuk lampu, 1 untuk perti sejuk dan 1 untuk penghawa dingin.

Kaedah ini adalah terbaik dengan tidak mencampurkan peti sejuk dengan penghawa dingin. Sekiranya berlaku masalah pada kabel neutral peti sejuk yang masuk ke DB, lain-lain peralatan masih boleh digunakan.

Diharap korang telah faham berkenaan konsep looping pendawaian elektrik. Senang aje, ingat ini => Looping? + Kabel SIRIM? + Saiz kabel?
Memangla secara dasarnya jika murah sudah tentu kualiti rendah. Tapi kalau kena caranya korang boleh dapat harga murah dan berkualiti.

Kalau wireman buka harga terlalu rendah berbanding yang lain, kemungkinan ada isu tentang kualiti kabel dan kualiti kerja.

99 comments:

  1. thnx share.. paham jugak aku.. ingt suke2 bley looping wire.. teman nih suke memandai2 diy sndri..rumah sndri.. blajo2 wiring sket2.. nseb lah ter google pasai looping wire nih.. kene ejas balik lah wiring..tq yaa

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam. nak tanya sikit. lampu dan kipas bole wat litar gelang ke. klu bole mcm mana ya? sama mcm soket 3 pin jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok berapa banyak mentol digunakan. Kalau sikit 2-3 biji bolehla join dgn kipas. Tapi rumah moden banyak guna downlight dan banyak mentol. Jadi kalau kes downlight tak digalakkan.

      Delete
    2. admin salah jawab....dia tanya litar gelang. bukan looping

      Delete
    3. Litar gelang hanya utk litar kuasa (soket)itu yg pernah sy belajar dulu...

      Delete
  4. Sy wireman berpengalaman dan harga sy tawarkan adalah berpatutan.
    Sy bergerak sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur.
    Jika perlukan khidmat sy, boleh hubungi hp sy 0192544197.
    Nama sy Azri.
    Terima kasih tuan tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. Kalau tuan tanah minta quotation dpt banyak diskaunkan?

      Delete
  5. Salah tu..berapa bayak nak guna elcb...klu mcm tu...mcb nak taruk mana..????

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tuan. salah refer. hahaha..
      dah diperbetulkan. tq2

      Delete
  6. Salah nama, yang tegak2 banyak tu ialah MCB (miniature circuit breaker), yg kanan tu RCD dan Main Switch...

    ReplyDelete
  7. Salah nama, yang tegak2 banyak tu ialah MCB (miniature circuit breaker), yg kanan tu RCD dan Main Switch...

    ReplyDelete
  8. bole ke plug 13amp diloopkan.ke.plug 15amp?tp plug 13amp just guna untuk.kipas duduk je..bole tuan jelaskan.thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kalau setakat kipas. Apa kegunaannya yg untuk 15amp tu. Saya dulu masa sblm renovate mmg banyak buat looping sebab soket tak cukup.

      Delete
  9. nak tanya..sekarang bilik saya ada soket satu saja..dari soket tu saya tarik buat satu lagi soket untuk ekon boleh tak dengan mengguna kan wayar 2.5mm..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tuan. Asalkan soket asal tu tak digunakan untuk alat elektrik yang memberatkan sewaktu aircond terpasang. Kena check jugak, soket asal tu saiz kabelnya berapa mm? Kalau boleh sambung dari soket yg guna 2.5mm.

      Delete
  10. Kala nak pasang sub-db ke rumah sambungan di belakang berapa mm saiz kabel yang sesuai

    ReplyDelete
  11. Seeloknya DB Board utama/Induk perlu gunakan wayar size 16mm ke Sub.DB Board. Sub DB boleh gunakan wayar size 10 mm sudah mencukupi..tetapi bergantung kepada keadaan utility point yang mana lebih tinggi..kenalah guna size yang sama dengan Submin awal...

    Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

    ReplyDelete
  12. As'salam...tumpang bertanya boleh..rumah saya ada 3 meter utama.meter tnb..1 untuk depan umah saya,lagi satu untuk orang membuat kuih,lagi 1 untuk mengadun kuih...rumah saya karen terlalu bnyk,smpi rm700 sebulan kadang2.yg lagi 2 tu baru rm100 hingga rm200.db rumah saya ada 3.boleh x saya nk loop meter yg tmpt orang buat kuih tu ke tempat db rumah saya yg bahagian dapur?

    ReplyDelete
  13. Nak tanya boleh ke saya looping 1 socket 13a ke socket 20a untuk aircond.. socket 13a tu saya guna untuk modem dan router unifi sahaja.. dan aircond 1hp untuk bilik tetamu yang hanya di pasang ketika ada tetamu sahaja. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. modem/router tak guna banyak kuasa letrik. Boleh aje loop. Saya pernah loop socket TV dan aircond, ok je.

      Delete
  14. Salam sejahtera... sya nk tnya mcm mna nk sambung motor dinamo 3 Fasa yg ada 4 wayar. Coklat, biru, hitam dan hijau kepada plug 3 pin yg biasa digunakan dirumah 1 fasa. Saya telah membeli motor dinamo tsbt untuk pam air tekanan tinggi sya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan. takde ilmu tentang 3 phase.

      Delete
    2. Motor 3phase x bleh guna di plug 3pin..

      Delete
  15. MengaPA Saya buat looping suis lampu (2lampu 2suis) on asing2 OK tapi bila off dual off0

    ReplyDelete
  16. Boleh x nak looping.. Soket mrsin basuh dan frezeerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak digalakkan sbb 2-2 guna banyak power letrik.

      Delete
  17. Assalamualaikum ..bilik sy ade satu suis je utk kipas. Skrg nk pasang lampu. Boleh x sape2 bg panduan mcm mne nk wiring lampu. Lampu sy pkai lampu dinding yg boleh adjust. Tq

    ReplyDelete
  18. Salam... nk tnya.. aircond 1.5hp boleh ke pakai wayar size 2.5???

    ReplyDelete
  19. Salam, kenapa semasa memasang lampu untuk rumah baru, saya dapati ada arus dalam wayar hidup,neutral dan bumi.kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha...yg ni mmg kes ada satu looping yg dah salah masuk wayar-wayar tu. Lepas tu bermula dari point loop yang salah tu diloopkan pula ke point2 loop yang lain. jawabnya mmg semua soket akan ada arus pada wayar neutral dan bumi. bahaya ni tuan, cepat panggil wireman. i kena cek semua point satu2.

      Delete
  20. Boleh x combine 1 lampu dowlight LED 25wat dan kipas remote dgn 1 suis? Kalau nk buat 1 suis lampu 1 suis kipas mcm mane nk loop dia?mohon tnjr ajr..boleh direct pm sy pon ok 0123025551

    ReplyDelete
    Replies
    1. should be ok combine 2 tu. Nak ajar buat kat sini mmg payah sikit tuan. umumnya, loop aje neutral dari kipas ke lampu. pastu live dari suis kipas ke lampu. kalau loop live dari kipas ke lampu nanti lampu tak nyala kalau kipas tak on pulak. :)

      Delete
  21. tuan nk tya boleh tak sy nk buat lampu guna kabel 1.5 dn looping dari soket

    ReplyDelete
  22. Tuan, saya nak pasang lampu tidur (dinding) boleh ke looping dari suis ekon. (MCB yang digunakan tu khas utk satu ekon tu je)
    Satu lagi, kalau saya nak looping kipas dinding dari suis 1 lampu (MCB tu berkongsi 8 downlight dan 2 kipas siling) ok ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1amp boleh tampung beban 220watt. So boleh kira sendiri, kalau mcb 6amp boleh tampung sampai 1320watt.. So campur semua jumlah watt, jika lebih dari amp tidak digalakkan..

      Delete
  23. maaf tuan lupa bagitahu, suis la,pu yang hendak dilooping tu adalah lampu stor (jarang guna) manakalan lampu downlught diruang tamu pula jarang digunakan serentak dalam satu2 masa

    ReplyDelete
  24. Anda mecari wireman yg brpengalaman??

    hubungi segera no 011-23749673..

    memberi perkhidmatan 24jam di sekitar lembah klang untuk menyelesaikan segala masalah wayering,pasang lampu,loping socet dan suiz atau segala kerja penambahan NCB,ELCB dan yg brkaitan DB BOX..

    ReplyDelete
  25. Kalau ambil upah pasang dan kerja² wiring tanpa menggunakan barang sendiri berapa ya tuan untuk sebuah rumah?

    ReplyDelete
  26. Aslm..nk tya..bl tv sdg di gunakn dan dlm ms sm nk gn kipas dlm bilik..bl on switch kps dan on regultor,tv off skjp dan hidup smla tp gbr tv x ok..lps tu off tv smla dan on trus ok..so apa sb ekk?

    ReplyDelete
  27. Salam... Sy psg lmpu & kipas tp bila on switch ,lmpu x nyala kipas x pusing. .Tp bila check letrik ada,, sbb apa ye

    ReplyDelete
  28. Salam.. Sy psg lmpu & kipas tp on switch,, lmpu x nyala kipas x pusing. . Bila cek letrik ada, ,sbb apa ye

    ReplyDelete
  29. Assalam... Boleh dpt kn kepastian tk utk wiring aircond 1.5hp.. Cable saiz brp yg sesuai dan mcb brp Amp yg sesuai....

    ReplyDelete
  30. kenapa main switch pd DB tetap jatuh/off walaupun MCb semua dah off...apa yg perlu di check eh..

    ReplyDelete
  31. boleh tak 1 mcb tampung 2 unit aircond.. mcb guna 40a..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MCB 40A tak boleh guna tuan. besar sangat tu, Guna 16A/20A dah cukup

      MCB 40A kebiasannya gunakan untuk main switch pada sub DB jek

      Delete
  32. saya ada buat sub db.. khas untk aircond & freezer... 6 biji aircond, 4 biji peti sejuk dan 2 biji freezer.. brapa mcb sya kena guna dan rccb yg brapa besar saya kena guna.. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tiada untuk litar lampu, tuan boleh pakai semua MCB 16A
      1 aircond - 1 Mcb
      2 socket plug -1 MCB

      Main switch 40A
      RCCB 0.03/0.1

      Delete
    2. Assalamualaikum wbt.. tumpang tnya ya tuan, mcb 16A boleh tampung berapa soket plug maksimum? 1 @ 2 unit? Terima kasih tuan.

      Delete
  33. kalau naka looping seklai 3 lampu 2 kipas nak pakai mcb c berapa cable mm berapa? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat looping sedemiakian tak? atau bagaimane? thankyou boss

      Delete
    2. 9 soket soket litar jejari..guna mcb 16 amp..boleh ke..ke nak kena naik mcb lg

      Delete
    3. Xboleh,32amp pn maximum boleh support utk 5 socket je

      Delete
  34. mengapa lampu semua berkelip2 kipas tak jalan sedangkan mcb semuae ada pengaliran current

    ReplyDelete
  35. salam boss ruang yg baik...menimba ilmu..dan pahala..mengapa mcb elcb tak trip sedang kan ada wire natural live ada current..mengapa belaku sedemikian salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau neutral ada arus, maksudnya litar tu ada salah looping.

      Sepatutnya dia akan trip pada MCB.

      Jika tidak trip, MCB rosak

      Delete
  36. Salam boss.. nak tanya
    Boleh ka looping 2 kipas syiling pkai satu kepala plug soket. Patu dia punya speed kipas tu pkai satu ja ntok kawal dua dua kipas. Boleh x ya?
    Mohon bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kipas siling tu tiada masalah untuk pakai plug top 13A.
      Speed controller tu x boleh pakai untuk 1 kipas

      Delete
    2. Seeloknya kipas tu tarikh wiring baharu dari MCB 6A/MCB10A

      Delete
  37. Salam, nak tanya saya looping soket tv, astro dan speaker dengan 2 soket bilik dengan mcb 20 amp. Berat ke eh kalau macam tu? Yang bilik punya soket tu guna untuk charge phone je tapi kadang2 guna untuk iron juga.

    ReplyDelete
  38. Salam bos. Mohon pencerahan. Boleh ke kalau saya gunakan punca loceng pintu pada tiang pagar untuk point autogate @ lampu tiang?

    ReplyDelete
  39. salam tuan, sy ada gunakan suis 2 way, 1 utk lmpu dan 1 lg utk kipas dinding. masalahnya kipas sy akan laju bila sy off suis lampu. mohon pencerahan

    ReplyDelete
  40. Slmt siang,bosku..boleh x potong sikit wayar neutral dan bumi lampu led utk Kasi join Wayar neutral dan bumi ke kipas siling.?. Caranya utk dibagi shortcut tu wayar mcm sambungan T d tgh2..boleh x begitu bosku??

    ReplyDelete
  41. Selain c16, c10 bole Tak pakai utk socket?

    ReplyDelete
  42. Salam, peti ais dan water filter pakai 1 mcb boleh ke?

    ReplyDelete
  43. Assalam bos. Nak tanya. Ada masalah tak suis aircond guna suis lampu. sbb wiring tk buat untuk suis aircond.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sesuai, sbb mcb lampu biasanya c6 dan cable hanya 1.5mm. Seeloknya tarik cable baru dari main db.

      Delete
  44. Kegunaan bawah 500watt boleh je looping kalau atas 500watt/1000watt ke atas lebih baik single tarik wayar terus ke db lebih baik. Ketebalan wayar pun menjadi peranan penting. Takkanlah kegunaan 1000watt nak guna wayar kecil 1mm Pendapat sayalah.

    ReplyDelete
  45. Tuan nak tanya.

    1. Boleh ke saya nak looping untuk penggunaan mesin basuh dan iron?

    2. Boleh ke saya nak looping untuk fridge dan microwave?

    ReplyDelete
  46. 1) boleh kalau tak guna serentak
    2) sebaiknya jangan

    ReplyDelete
  47. Tuan nak tnya.. sya baru psg econ.. mula mula ok jer. Tpi lps bbrapa hari.. kipas bila tgh pusing laju. Ttiba slow.. sama dgn econ.. mcm kurang letrik. Sy pnggil org cekkan. Then rupanya wiring econ pkai wire 1.5 dan mcb tu share utk 2 econ. Ap patut sy buat? Call tnb utk cek lektrik @ pnggil wireman cekkan wiring rumah skli lagi??

    ReplyDelete
  48. Tuan sy nak tanya mcb c20 boleh pasang looping untuk dua biji aircond tak??

    ReplyDelete
  49. Bolehkah looping utk econd 1.0 hp dari soket plug?

    ReplyDelete
  50. Assalam..nk tanya bol3h ke looping dari mcb..kongsi wayar life utk lampu atau soket..sbb kotak DB dah penuh..tak boleh tambah DB lagi

    ReplyDelete
  51. Boleh kah looping wiring soket utk tambah lagi 2 soket 2 lampu
    Cthnya dr soket asal looping buat 2 soket baru
    Dari soket looping,buat pula wiring lampu
    Setiap dari soket ada 1 suis lampu
    Wiring semua guna 2.5 mm
    Live,neutral dan earth guna punca kuasa yg sama


    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum tuan saya nak pasang lampu panjang led 4 unit kat reban tpi socket jauh jadi saya nak buat extension wire untuk hidup kn lampu Tu, apa size wayar yng sesuai untuk extension wire saya Tu tuan Dan fuse yng sesuai untuk plug saya Tu apa ye

    ReplyDelete
  53. Tumpang Tanya kalau bypass masaalah dia kalau tercabut satu yang lain tak blh hidup kan

    ReplyDelete
  54. Apa masaalah kalau kat kotak lampu ad api tapi masok menthol x menyala

    ReplyDelete
  55. nk tnya , konsep pendawaian soket ape ya ?

    ReplyDelete
  56. AssalamMualaikum tuan rumah saya ade Dbox single phase bole sya Tanya rccb di rumah saya 40a klau saya nak pasang aircond dan water heater bole tak saya mengekalkan dengan rccb 40a Dan menambah mcb C16 .

    ReplyDelete
  57. salam tuan..pertanyaan..boleh ke mcb 32a dr db dgn wayar 2.5mm tarik ke suis utk 2 water heater?kiranya looping dr incoming..utk 2 suis & 2 w/heater

    ReplyDelete
  58. Saya ada cable 2.5mm boleh tak pakai untuk lampu . Malas nak beli lagi cable lebih

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum, nak Tanya MCB hanya untuk shower room heater sahaja, berapa Ampier yang sesuai?

    ReplyDelete
  60. Salam.. tompang tanye.. cabel sirim..
    1.5mm boleh support brp max lampu dounlight led.. dan kipas siling..
    2.5mm n 4.mm brp max plug 13a boleh looping

    ReplyDelete
  61. Boleh ke looping dari DB pertama ke DB kedua atau ketiga sebab rumah kawan saya ada rumah lama lepastu Dorang sambung dapur sama tambah bilik-bilik dengan ruang tamu.jadi KLU kita looping dari ELCB atau ercb c63 boleh ke?

    ReplyDelete

Ada sesuatu yang ingin anda kongsikan?

Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit

Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di ap...