Wednesday, February 3, 2016

Mengukur Secara Manual Menggunakan Timbang Air

Kecanggihan teknologi binaan dengan adanya sebuah alat pengukur paras ketinggian menggunakan pancaran laser. Caranya ialah dengan meletakkan alat laser di kedudukan ketinggian yang dikehendaki dan ON kan alat tersebut. Ia akan memancarkan cahaya laser di sekeliling bilik. Selepas itu buat garisan mengikut cahaya laser yang terpancar di dinding. Kemudian lakukan ukuran untuk menambah ketinggian atau mengurangkan ketinggian dari garisan yang telah dibuat.

pengukur level laser
Pengukur Level Laser
Kalau takde laser, boleh juga guna timbang airZaman dulu memangla takde benda canggih guna laser bagai untuk ambil level ketinggian. Tapi yang aku kagum ialah penemuan idea canggih untuk mengukur secara manual menggunakan timbang air. Peralatan yang diperlukan hanyalah segulung paip air lutsinar dan air. Kalau boleh air yang berwarna agar mudah melihat kedudukan paras air dalam getah paip. Masa ni lah aku belajar cara ukur guna timbang air. Air tak mungkin menipu. Cuba korang fahamkan diagram dibawah ini. Semua penerangan ada dalam diagram tu.

timbang air
Mengukur Cara Manual Menggunakan Timbang Air
Penggunaan timbang air atau alat timbang laser adalah kerana permukaan lantai yang mungkin tidak rata. Sekiranya korang ambil pita pengukur dan mula mengukur 7 kaki dari lantai, jika paras lantai tidak rata, maka siling korang nanti akan senget. Hahaha... kalau sikit senget takpe, kalau banyak yang senget nanti akan perasan bila tenung lama-lama.

Diagram kat atas tu aku lukis sendiri ye. Bukan ambik dari internet. Ini menunjukkan yang aku benar-benar faham tentang ilmu timbang air. Sebab aku tengok macammana diaorang kerja. 

Timbangan akan dilakukan di setiap sudut dan kemudian satu garis lurus akan dibuat menggunakan benang penanda. Jap aku carik gambar benang penanda. Bila taknak dia muncul, bila nak dia duduk tah kat folder mana tah. Sori, tak jumpa.

Sekiranya ketinggian siling yang dikehendaki ialah 7 kaki 4 inci, maka, ukuran 4 inci akan diambil menggunakan pita pengukur dari paras 7 kaki yang telah digariskan itu. Begitulah juga jika paras yang dikehendaki ialah 6 kaki 2 inci, maka, ukuran 10 inci akan diambil dari paras 7 kaki yang telah digariskan itu. Ianya bergantung sama menolak atau menambah dari paras 7 kaki tersebut.

Selepas tahu cara guna timbang air, aku pun naik seronok, asal nak gantung gambar je, terus ambik getah paip, isi air dan mula menanda kedudukan frame gambar. Dengan cara ini akan kelihatan semua frame gambar dalam kedudukan yang sama tingginya antara satu sama lain.

Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Kebanyakkan zaman skang terlalu byk yg pndai dlm bidng pendawaian...tp byk jgak yg krng dlm kualiti cara pendawaian...contohnye..terlalu byk smbungan antara soket dan lampu..penggunaan kabel yg murah,suis2,dan peralatan pendawaian..mmg betoi bleh murah..tp kualiti brng mmg xda..kdng2 xda sampa setahun dh sapan suis2 atau alat2 pendawaia yg digunakn..jika ikot sistem pendawaian dan kualiti brng pendawaian..kn slamat dan tahan lame...kuatiti dan kualiti harus dijaga..barulah boleh dikatakn pendawaian yg profesional..bkn stakat tahu wiring je..tp kne ambik tau fungsi pendawaian yg dijlnkn..kalau nk kaya smpai bile..lme2 org akn komplen gak cara kite bt pendawaian..dan akn jejaskn nme kite..ni sbagai perkongsian sy bt semua...sbb sy jenis yg jaga kualiti pendawaian dan kuantiti brng..kerja kite jd senang..hati pn tenang..

    ReplyDelete
  2. Terbaik bossku terima kasih di atas pengkongsian

    ReplyDelete

Ada sesuatu yang ingin anda kongsikan?

Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit

Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di ap...