Dalam kes rumah aku ni, sudah 7 hari kerja-kerja di tapak projek dilakukan oleh seorang pekerja bersama isterinya. Dan, hari ini langsung tidak kelihatan pekerja tersebut yang juga merupakan tukang bagi projek ini.
Kontraktor telah dipanggil dan hasil perbincangan seperti yang telah aku jangka, TAMBAHAN KOS! Aku memang naik angin betul bila kes ini berakhir macam ni. Bagaimana seorang kontraktor boleh melepaskan tanggungjawabnya dengan tidak mematuhi sebutharga yang telah dipersetujui dan ditandatangani bersama. Senangla run project macam gini, buat dulu, bila tak cukup tambah, bila tak cukup tambah. Ingat ini buat reban ayam hape ke? Kalau macam gini caranya (jenis bila tak cukup tambah, bila tak cukup tambah), semua orang pun boleh jadi kontraktor termasuk aku. Apa taknya, panggil Indon, pastu bayar gaji hari dan barang kita beli sendiri. Tujuan kita lantik kontraktor ialah mereka buatkan costing yang merangkumi upah kerja dan bahan binaan, jika cost dalam bajet owner, sudah tentu owner akan bersetuju dengan sebutharga yang diberikan. Sekiranya projek bermasalah, kontraktor MESTI bertanggungjawab untuk menyiapkan projek tersebut dalam apa jua keadaan sekali pun.
Kes-kes sebegini memang banyak berlaku dan aku tak sangka pula boleh terjadi kat aku sebab kontraktor tersebut telah punya pengalaman menguruskan projek ubahsuai rumah. Jika projek-projek dia ditempat lain yang bermasalah sudah tentu kesannya merebak ke projek aku. Aku rasakan inilah yang berlaku pada projek rumah aku ni.
Nampak sangat kontraktor tidak memantau projek ini dengan baik. Pada pagi ini kontraktor masih terkial-kial nak senaraikan apakah kerja-kerja yang pending. Dan lagi bertambah pelik, baru pagi ni nak kira berapa kos tambahan. Kalau dah tahu projek bermasalah, by right, semua perkiraan tu dah dibuat lebih awal. Jadi bila owner tanya berapa kos tambahan, sudah tentu satu kos tambahan yang lebih hampir tepat dapat diberikan.
Mengikut rangka perjanjian bayaran berdasarkan pada jadual dibawah, pihak kontraktor sepatutnya menyiapkan kerja-kerja ubahsuai sehingga peringkat ke-4. Namun begitu masih banyak kerja-kerja yang masih belum dilaksanakan pada peringkat ke-4. Contohnya pemasangan jubin masih belum dilakukan. Ini adalah kerja "terbesar" dalam peringkat ke-4 ini. Itu belum termasuk pemasangan tingkap dan pintu. Kontraktor ada menyuarakan hasrat untuk bayaran peringkat ke-5 dibayar lebih awal, namun tidak mungkin aku dapat melepaskan bayaran tersebut selagi kerja-kerja peringkat ke-4 belum disempurnakan.
PERINGKAT
|
BAYARAN
|
KERJA-KERJA
YANG PERLU DILAKUKAN
|
1
|
PAID
|
·
Menanda tapak
binaan
·
Mengorek
tanah untuk membuat sum
·
Membina tapak
gajah
·
Menyediakan
frame besi untuk tiang tunggak
·
Membina tiang
tunggak
|
2
|
PAID
|
·
Menyediakan
formwork untuk slab dan beam
·
Menyediakan
conduit pendawaian
·
Siapan piping
·
Membina slab
konkrit dan beam konkrit
·
Mendirikan
batu-bata
|
3
|
PAID
|
·
Memasang
trusters
·
Memasang
lapisan kalis haba
·
Memasang
bumbung
·
Siapan
pendawaian letrik
|
4
|
PAID
|
·
Siapan
plaster dinding
·
Memasang
frame tingkap dan pintu
·
Pemasangan
aksesori tandas
·
Pemasangan
jubin
|
5
|
PENDING
|
·
Siapan
undercoat
·
Sentuhan
terakhir dan lain-lain
|
6
|
PENDING
|
·
Siapan
mengecat luar dan dalam
|
Sekarang aku tengah berfikir, apakah tindakan yang patut aku lakukan sekarang. Ada berapa perkara yang ada dalam pelan tindakan aku antaranya :
- Ambil tindakan undang-undang melalui Tribunal Pengguna. Aku pun memang dah ada pengalaman dengan kes Tribunal Pengguna yang mana aku menang kes tu.
- Menerima opsyen pertama dari pihak kontraktor untuk menambah RMXXK.
Ini namanya menyelesaikan masalah kontraktor bukannya menyelesaikan masalah aku. - Menerima opsyen kedua dengan meneruskan projek. Upah kerja harian diberikan dan barang-barang dibeli oleh owner. Ini juga namanya menyelesaikan masalah kontraktor bukannya menyelesaikan masalah aku.
- Aku sendiri yang menguruskan baki projek. Cari pekerja Indon ke Bangla ke dan beli barang binaan.
Semoga penyelesaian kepada segala masalah ini dipermudahkanNya. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Ada sesuatu yang ingin anda kongsikan?