Setelah mendapatkan kelulusan, barulah kerja-kerja ubahsuai dimulakan. Mahukah anda menerima notis pembekuan kerja ketika pembinaan sedang rancak berjalan? Tentu keadaan menjadi tidak terurus jika projek ubahsuai rumah tergendala dengan timbunan pasir, batu, kayu, besi dan sebagainya di sekeliling rumah anda. Keadaan menjadi lebih buruk sekiranya anda tidak berpindah dari rumah yang sedang diubahsuai.
Prosidur mendapatkan khidmat pelukis pelan rumah tidaklah sesukar manapun. Mungkin ramai dikalangan kita yang suka mendengar cakap orang. Ada yang kata begini, begitu, mahalla, lambatla, cekik darahla pelukis pelan dan sebagainya. Jangan dengar cakap orang, sebaliknya buat kajian di internet dari mereka yang telah berpengalaman mengubahsuai rumah. Anda sebenarnya bernasib baik menjumpai laman web ini yang akan menceritakan prosidur mendapatkan khidmat pelukis pelan rumah. Saya akan menceritakan prosidur berkenaan yang berkaitan di daerah Hulu Langat. Daerah ini ditadbir oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Pecahan bayaran perkhidmatan pelukis pelan rumah :
- Penyediaan lukisan dan submission ke MPKj - RM1050
- Bayaran submission (untuk MPKj) - RM209
- Bayaran cagaran (untuk MPKj) - RM300/RM500/RM600/RM700/RM1000. Bayaran cagaran ini bergantung kepada saiz binaan yang diubahsuai/ditambah. Untuk kaki lima dan car porch juga diambilkira. Kiraan adalah separuh dari saiz sebenar.
- Bayaran sewaan tong sampah (1 trip sahaja) - RM250
- Bayaran lukisan struktur bangunan - RM850. Ini meliputi penyediaan lukisan struktur bangunan, penyediaan dokumen kiraan dan pengesahan jurutera.
Saiz Binaan Yang Dibenarkan
Sebagai panduan asas, bagi rumah tepi, diwajibkan untuk tidak melakukan sebarang penambahan bangunan 10 kaki dari tebing longkang manakala bagi binaan atas memerlukan 15 kaki dari longkang luar. Lihat contoh seperti gambar dibawah.
Untuk bahagian belakang pula, dibenarkan sehingga maksima sekiranya lebar jalan di belakang rumah adalah 15 kaki lebar. Lihat contoh seperti gambar dibawah.
Setelah berbincang dengan pelukis pelan rumah berkenaan bayaran yang akan dikenakan, kita akan dikenakan sedikit deposit. Tak banyak pun dalam RM300 sahaja. Saja saya letakkan resit original di sini sebagai bukti cerita ini benar. Alamat syarikat ini sepertimana didalam resit. Tak ada sebarang komisyen pun.
Resit Deposit |
Formula Perkiraan Bayaran Pelan Secara Ringkasnya :
A. Keluasan lantai
- Tingkat tanah - RM7/9m persegi (min RM70)
- Tingkat pertama - RM6/9m persegi (min RM60)
- Tingkat kedua - RM5/9m persegi (min RM50)
- Tingkat ketiga - RM4/9m persegi (min RM40)
- Tingkat keempat - RM3/9m persegi (min RM30)
B. Alat Kebersihan
- Water Closet (WC) - RM5 tiap satu
- S (sink) - RM5 tiap satu
- B (Basin) - RM2 tiap satu
- LB (Long Bath) - RM5 tiap satu
- S (Shower) - RM5 tiap satu
- U (Urinal) - RM5 tiap satu
- MH (Manhole) - RM25 tiap satu
D. Kolam renang - RM50
E. Kiraan fee bagi proses pindaan dan perubahan
- Pindaan kepada pelan tambahan - RM60
- Perubahan kepada bangunan kawasan tambahan - RM60
G. Hoarding gates - RM3/m
H. Papan tanda - RM50
I. Permit rumah kongsi - RM200/6 bulan/unit
Berundinglah dengan pelukis pelan rumah untuk mendapatkan kiraan caj yang lebih tepat. Maklumat di atas itu adalah perkiraan secara kasar sahaja dan hanya boleh diambilkira sewaktu artikel ini diterbitkan. Bimbang jika maklumat berubah mengikut peredaran masa.
Caj Deposit Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (MPKj)
Cagaran yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan adalah bergantung kepada saiz keluasan yang diubahsuai. Bahagian yang tidak berdinding dikira separuh dari keluasan yang dibina, contohnya jika anda membina tempat letak kereta berbumbung seluas 400 kaki persegi, maka, keluasan yang dikira adalah 200 kaki persegi. Berikut adalah kiraan cagaran bagi keluasan yang dibina.
- Kurang dari 200 kaki persegi - RM300
- Lebih 200 kaki persegi dan kurang dari 500 kaki persegi - RM500
- Lebih 500 kaki persegi dan kurang dari 1000 kaki persegi - RM600
- Lebih 1000 kaki persegi dan kurang dari 1500 kaki persegi - RM700
- Lebih 1500 kaki persegi dan kurang dari 500 kaki persegi - RM1000
- Bangunan rumah sesebuah - RM300
- Rumah kongsi - RM200
Sijil Layak Menduduki |
- Perjanjian jual-beli rumah
- Bil cukai pintu yang terbaru dan buat bayaran termasuk tunggakan.
- Bil cukai tanah yang terbaru dan buat bayaran termasuk tunggakan.
- Sijil Kelayakan Menduduki yang asal.
- Salinan K/P
Selepas menerima deposit daripada pelanggan, pelukis pelan akan datang ke tapak projek untuk mengambil rumah di bahagian depan, sisi dan belakang. Setiap binaan tambahan perlu dirobohkan seperti pemasangan awning. Pihak MPKj mahukan keadaan rumah dalam keadaan asal sepertimana gambar layout didalam dokumen perjanjian jual-beli rumah (S&P agreement). Sekiranya, 5 tahun yang lalu anda telah membuat ubahsuai rumah di bahagian car porch tanpa mendapatkan kelulusan MPKj dan pada tahun ini anda bercadang untuk menyambung dapur, maka, anda perlu membuat pelan rumah bagi bahagian car porch dan bahagian dapur. Dan juga, anda akan dikenakan denda dan premium cukai tanah mungkin akan dinaikkan.
Pelan Struktur Rumah |
Dokumen Pelan Struktur Rumah |
Sedikit penerangan berkenaan pelan struktur rumah. Antara lain, ianya memperincikan struktur binaan dari segi :
- besar tapak tiang
- kedalaman tapak tiang
- saiz besi tetulang
- jarak pengikat besi tetulang
- struktur bumbung
Seorang pelukis pelan yang berpengalaman berurusan dengan pihak berkuasa tempatan di daerah di mana rumah pemilik berada, tidak akan mengalami sebarang masalah dari segi submission dokumen yang tidak lengkap dan sebagainya.
Dokumen Kelulusan Binaan |
Dokumen perlu dipamirkan setiap masa di tapak binaan. Pihak berkuasa tempatan secara rawak akan meninjau tapak projek untuk memastikan prosidur pembinaan dipatuhi. Pastikan tapak projek sentiasa kemas dan tidak menimbulkan rasa kurang selesa kepada jiran terdekat. Adakalanya pihak kontraktor tidak mementingkan aspek kebersihan. Contohnya bekas makanan, minuman dicampak sesuka hati oleh pekerja binaan. Bekas makanan ini mengundang wabak denggi di tapak projek.