![]() |
Pengukur Level Laser |
![]() |
Mengukur Cara Manual Menggunakan Timbang Air |
Diagram kat atas tu aku lukis sendiri ye. Bukan ambik dari internet. Ini menunjukkan yang aku benar-benar faham tentang ilmu timbang air. Sebab aku tengok macammana diaorang kerja.
Timbangan akan dilakukan di setiap sudut dan kemudian satu garis lurus akan dibuat menggunakan benang penanda. Jap aku carik gambar benang penanda. Bila taknak dia muncul, bila nak dia duduk tah kat folder mana tah. Sori, tak jumpa.
Sekiranya ketinggian siling yang dikehendaki ialah 7 kaki 4 inci, maka, ukuran 4 inci akan diambil menggunakan pita pengukur dari paras 7 kaki yang telah digariskan itu. Begitulah juga jika paras yang dikehendaki ialah 6 kaki 2 inci, maka, ukuran 10 inci akan diambil dari paras 7 kaki yang telah digariskan itu. Ianya bergantung sama menolak atau menambah dari paras 7 kaki tersebut.
Selepas tahu cara guna timbang air, aku pun naik seronok, asal nak gantung gambar je, terus ambik getah paip, isi air dan mula menanda kedudukan frame gambar. Dengan cara ini akan kelihatan semua frame gambar dalam kedudukan yang sama tingginya antara satu sama lain.
Selamat mencuba.
Kebanyakkan zaman skang terlalu byk yg pndai dlm bidng pendawaian...tp byk jgak yg krng dlm kualiti cara pendawaian...contohnye..terlalu byk smbungan antara soket dan lampu..penggunaan kabel yg murah,suis2,dan peralatan pendawaian..mmg betoi bleh murah..tp kualiti brng mmg xda..kdng2 xda sampa setahun dh sapan suis2 atau alat2 pendawaia yg digunakn..jika ikot sistem pendawaian dan kualiti brng pendawaian..kn slamat dan tahan lame...kuatiti dan kualiti harus dijaga..barulah boleh dikatakn pendawaian yg profesional..bkn stakat tahu wiring je..tp kne ambik tau fungsi pendawaian yg dijlnkn..kalau nk kaya smpai bile..lme2 org akn komplen gak cara kite bt pendawaian..dan akn jejaskn nme kite..ni sbagai perkongsian sy bt semua...sbb sy jenis yg jaga kualiti pendawaian dan kuantiti brng..kerja kite jd senang..hati pn tenang..
ReplyDeleteTerbaik bossku terima kasih di atas pengkongsian
ReplyDelete