Ingin berkongsi pengalaman aku tentang bahagian yang menjadi impian setiap wanita ni. Kalau salah letak kang, alamatnya berbunyi lak nanti.
Posisi lampu siling kabinet dapur amat berkait dengan ukuran kabinet yang sebenar. Ye lah kita pelanggan, kalau selagi belum pasang, memang tak dapat gambaran.
Perhatikan gambar dibawah dibahagian yang dibulatkan.
Perasan tak kedudukan lampu tak selari. Itulah kalau tidak mendapat gambaran sebenar dari orang kabinet dapur, apa yang kita faham kadangkala berlainan dengan apa yang dia explain.
Kabinet dapur yang melekat di dinding, lebarnya adalah 13 inci. Jadi inilah ukuran yang aku ambil untuk meletakkan downlight dalam kedudukan sebaris 24 inci dari dinding.
Tapi rupanya untuk kabinet yang bermula dari lantai (entah apa ke namanya kabinet bahagian ni), lebarnya adalah 24 inci. Dah menutup pulak lampu aku tu. Lalu terpaksalah aku mengganjakkan kedudukannya ke depan sikit dalam 4 inci dari pintu kabinet. Fuhhh...lega bila aku berjaya korek lubang baru dan tampal lubang yang lama tu. Skill kalah Cina plaster ceiling tu. Den poghati jo caro dio buek kojo pastu den tiru. Eh..eh..jadi pulak tu.
Sebenarnya tak susah pun kalau nak tampal sikit-sikit.
Jadi nanti bila korang nak pasang kabinet dapur, pastikan ukuran lebar kabinet dapur ditulis di dinding dapur. Senang nanti tukang plaster ceiling korek lubang ikut ukuran tu. Ataupun, jangan korek lubang downlight, tapi takut wireman salah korek lubang atau wayar terpendek la pulak, wiremen takde skill nak tampal dengan kemas. Panggil balik tukang plaster ceiling untuk repair itu dah kira caj lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit
Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di ap...
-
Kalau dah janji kenalah ditunaikan. Dalam posting sebelum ini aku pernah kata yang aku akan kongsikan berkenaan konsep looping pendawaian el...
-
Untuk mengalih kabel letrik , dinasihatkan anda mendapatkan khidmat TNB. Bukannya apa, ini elektrik bukan air, salah alih mungkin mendatangk...
Menarik perkongsian tuan.. sgt detail.. saya tertanya2 apa tindakan tuan pada kontraktor yg gagal menyiapkan kerja pembinaan?
ReplyDeletesaya tidak ambil apa-apa tindakan kerana kontraktor tersebut merupakan jiran saya. Sekarang dia sendiri yang malu dengan saya.
ReplyDelete