Monday, March 9, 2015

Cara Pemasangan Jubin Yang Baik

Bila tiba bab pemasangan jubin ini selalunya tuanrumah akan menyerahkan bulat-bulat kepada tukang rumah. Tukang rumah pula kalau nak jimat, mereka akan menggaji pekerja kurang mahir untuk melakukan kerja-kerja pemasangan jubin. Memasang jubin memerlukan tahap ketelitian yang tinggi dan mereka dapat menggambarkan kedudukan jubin selepas semua siap dipasang. Inilah bahagian kerja yang paling remeh kerana ia membabitkan kerja-kerja akhir (finishing must be perfect).

Kali ini aku nak berkongsi sedikit cerita tentang keadaan siapan akhir jubin aku. Kalau korang baca dalam blog ini, projek rumah aku terbengkalai dan kerja-kerja pengurusan projek aku jalankan sendiri. Jadi, ada bahagian jubin yang dipasang oleh tukang yang berbeza.

Kita lihat pada 2 gambar dibawah ini.


cara pasang jubin yang tidak betol
Cara Pemasangan Jubin Tingkap Yang Tidak Betol
Sila fokus pada bahagian yang berkotak warna merah. Perhatikan lapisan jubin dibahagian sisi tingkap dipasang dibahagian atas lapisan jubin dinding bilik mandi.
Ini cara pemasangan tukang dari Seremban yang bernama Mardi. Rasanya cara pasang sebegini lebih mudah dan sebab itulah mereka memilih cara ini.

Perhatikan pula gambar dibawah untuk tingkap bilik mandi yang lain.


cara pasang jubin yang betol
Cara Pemasangan Jubin Tingkap Yang Betol

Cara Pemasangan Jubin Yang Baik

Pemasangan jubin ini dilakukan oleh tukang yang asal sebelum projek terhenti. Perhatikan lapisan jubin sisi tingkap dipasang dibahagian dalam dan hujungnya dipasang dibahagian bawah jubin dinding bilik mandi. Nampak tak perbezaan dari kekemasan dua teknik pemasangan di atas. Memanglah, cara yang kedua ini lebih remeh kerjanya tetapi ia menggambarkan keikhlasan dan ketelitian si pemasang jubin. Mungkin dalam diri si pemasang jubin akan lahir seribu kepuasan apabila melihat hasil dari kerja mereka. Inilah yang kita mahukan.



Aku dah beritahu mereka untuk ikut cara pemasangan bilik mandi yang telah siap tersebut tetapi hasilnya mereka masih ikut cara mereka. Takkanla setiap masa aku mesti berada di sana. Lainla kalau aku bayar gaji hari kepada mereka, memang aku akan tunggu.

Lihat pula pada 2 gambar dibawah ini. Macam biasa satu yang cun dan satu lagi yang hodoh.


Cara Pemasangan Jubin Dinding Yang Tidak Betol
Cara Pemasangan Jubin Dinding Yang Tidak Betol
Cara Pemasangan Jubin Dinding Yang Betol
Cara Pemasangan Jubin Dinding Yang Betul
Perhatikan betul-betul 2 gambar di atas. Gambar bawah adalah bilik mandi di mana jubinnya dipasang oleh tukang asal sebelum projek terhenti.
Jika diperhatikan secara teliti, jarak antara jubin juga memperlihatkan kemahiran seseorang yang memasang jubin. Jubin dipasang dalam jarak yang rapat, menghasilkan satu garisan halus. Teknik ini lebih baik kerana jika jarak agak lebar, ini akan memudahkan kesan kekotoran melekat di garisan putih dan lama kelamaan akan muncul tompokan seakan-akan kulat di atas garisan putih itu.

Dah cukup ke belajar mengenal cara pemasangan jubin yang baik? Seronok bukan? Jika anda ingin rennovate rumah, silalah beri perhatian akan hal ini sebab sekali pasang jubin kosnya beribu ringgit dan takkan la hari ini pasang, setahun kemudian kopek balik dan pasang jubin baru. Rasanya tak mungkin. Bill Gates boleh la buat camtu.

Ok, last-last. Yang ini pun satu hal jugak. Bila aku duduk termenung atas mangkuk putih termenung tu, aku akan sentiasa memandang ke arah bahagian lantai yang bertemu dengan jubin dinding. Ehmmmm....korang tengok sendiri lah.


Cara Pemasangan Sambungan Jubin Lantai Dan Dinding Yang Tidak Kemas
Cara Pemasangan Sambungan Jubin Lantai Dan Dinding Yang Tidak Kemas
Alangkah baiknya jika garisan jubin lantai disamakan dengan garisan jubin dinding. Ianya akan nampak lebih kemas. Sedap mata memandang ketika mencari ilham di mangkuk tandas.

Ada banyak lagi tips-tips finishing yang aku nak kongsikan cuma kekangan masa sahaja buat masa ini. Doakan kesihatan aku bertambah baik semoga jari-jemari ini terus kuat menaip. Biarlah rumah aku buruk dari segi finishing tetapi rumah korang cantik. Tak mengapa. Itu semua satu kerja amal aku di dunia yang singkat ini.


9 comments:

  1. Saya ada produk baru, buatan Malaysia untuk membantu pemasan jubin membuat kerja yang cantik. Produk ini di beri percuma kerana masih dalam tahap percubaan. Untuk mendapatkan secara percuma sila email ke modernkinetics@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon untuk dipaparkan

      Delete
    2. mohon untuk dipaparkan

      Delete
    3. 0163124030 anto tukang tile

      Delete
    4. Sangat membantu.sekrg tengah menyiapkan lantai porch kereta

      Delete
    5. Pm.. tengah tunggu turn nak ikat tile dinding di porch yg sentiasa kena hujan @ air.. nk try ikat sendiri

      Delete
  2. Inilah yg berlaku dgn rumah sy 😢...setiap kali merenung..setiap kali jgk la mulut ini mbebel huhu

    ReplyDelete
  3. AsSalam semua, ikut pengalaman sy, cara pemasangan pada tingkap keduanya tkde salah, ikut selera, cara pertama bagus jgk bagi sy, menghasikan garisan unik, cara kedua lebih kepada kemas, dan utk jarak pertemuan pasang tiles, cara yg atas lebih betul, sebab pasang tiles kene ada jarak 2/3mm utk masuk simen, yg lebih mustahak utk mengatur pertemuan tiles tetap lurus, sebab tiles bukan 100% sama size, maaf tuan/puan Bkn bermaksud Menggurui, hanya nak berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul pasal tile ada jarak utk masukkan lapisan simen putih tapi lapisan jalur putih bukanlah utk memegang jubin, ianya hanyalah utk menutupi jurang antara jubin. Utk pemasangan jubin dinding sebaiknya beli jubin gred A yg saiz seginya lebih tepat.

      Delete

Ada sesuatu yang ingin anda kongsikan?

Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit

Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di ap...