Wednesday, March 18, 2015

Sebutharga Kerja-kerja Pendawaian Elektrik

Sebagai rujukan korang boleh lah melihat kepada senarai kos bagi kerja-kerja pendawaian elektrik.

  • Point Lampu = RM70 (Tambahan point lampu RM40)
  • Point plug = RM180 (Tambahan point plug RM60)
  • Point Penghawa Dingin = RM200
  • Point Kipas = RM90
  • Point Pemanas Air Mandian = RM200
  • Point Lampu (timer) = RM90
  • Upgrade DB Lama ke DB Baru = RM350
  • Tambahan DB Baru = RM650
  • Memasang papan elektrik TNB (punca bekalan masuk) untuk tujuan pengalihan meter oleh TNB = RM1200
  • Point Lampu Dinding = RM90 (Tambahan point lampu dinding RM60)
  • Point Lampu Pagar = RM70
  • Point Lamput Kecemasan = RM90
  • Point Lampu 2-way = RM90
kos wiring ubahsuai rumah

Sebutharga di atas adalah kadar yang biasa diguna-pakai oleh kontraktor pendawaian elektrik. Harga selalunya boleh kurang jika banyak point yang perlu dipasang CUMA aku nak nasihatkan korang jengok-jengok sikit masa diaorang tarik wayar nanti. Bukan apa, takut bila korang dah mintak diskaun, nanti diaorang punya kerja pun kira kerja diskaun jugak lah kan.

Bahagian kerja mana yang boleh diskaun?
Bahagian kerja di mana point-point elektrik akan di"loop"kan sebanyak mungkin. Kalau sikit wayar yang pergi ke kotak suis utama (DB), maka, jelaslah bahawa banyak looping yang mereka buat. Bila banyak looping maka jimatlah kabel. Jimat kabel, jimat kos, tinggi diskaun.

Nanti kalau ada kesempatan aku akan lukis konsep banyak looping ni.

Monday, March 9, 2015

Cara Pemasangan Jubin Yang Baik

Bila tiba bab pemasangan jubin ini selalunya tuanrumah akan menyerahkan bulat-bulat kepada tukang rumah. Tukang rumah pula kalau nak jimat, mereka akan menggaji pekerja kurang mahir untuk melakukan kerja-kerja pemasangan jubin. Memasang jubin memerlukan tahap ketelitian yang tinggi dan mereka dapat menggambarkan kedudukan jubin selepas semua siap dipasang. Inilah bahagian kerja yang paling remeh kerana ia membabitkan kerja-kerja akhir (finishing must be perfect).

Kali ini aku nak berkongsi sedikit cerita tentang keadaan siapan akhir jubin aku. Kalau korang baca dalam blog ini, projek rumah aku terbengkalai dan kerja-kerja pengurusan projek aku jalankan sendiri. Jadi, ada bahagian jubin yang dipasang oleh tukang yang berbeza.

Kita lihat pada 2 gambar dibawah ini.


cara pasang jubin yang tidak betol
Cara Pemasangan Jubin Tingkap Yang Tidak Betol
Sila fokus pada bahagian yang berkotak warna merah. Perhatikan lapisan jubin dibahagian sisi tingkap dipasang dibahagian atas lapisan jubin dinding bilik mandi.
Ini cara pemasangan tukang dari Seremban yang bernama Mardi. Rasanya cara pasang sebegini lebih mudah dan sebab itulah mereka memilih cara ini.

Perhatikan pula gambar dibawah untuk tingkap bilik mandi yang lain.


cara pasang jubin yang betol
Cara Pemasangan Jubin Tingkap Yang Betol

Cara Pemasangan Jubin Yang Baik

Pemasangan jubin ini dilakukan oleh tukang yang asal sebelum projek terhenti. Perhatikan lapisan jubin sisi tingkap dipasang dibahagian dalam dan hujungnya dipasang dibahagian bawah jubin dinding bilik mandi. Nampak tak perbezaan dari kekemasan dua teknik pemasangan di atas. Memanglah, cara yang kedua ini lebih remeh kerjanya tetapi ia menggambarkan keikhlasan dan ketelitian si pemasang jubin. Mungkin dalam diri si pemasang jubin akan lahir seribu kepuasan apabila melihat hasil dari kerja mereka. Inilah yang kita mahukan.



Aku dah beritahu mereka untuk ikut cara pemasangan bilik mandi yang telah siap tersebut tetapi hasilnya mereka masih ikut cara mereka. Takkanla setiap masa aku mesti berada di sana. Lainla kalau aku bayar gaji hari kepada mereka, memang aku akan tunggu.

Lihat pula pada 2 gambar dibawah ini. Macam biasa satu yang cun dan satu lagi yang hodoh.


Cara Pemasangan Jubin Dinding Yang Tidak Betol
Cara Pemasangan Jubin Dinding Yang Tidak Betol
Cara Pemasangan Jubin Dinding Yang Betol
Cara Pemasangan Jubin Dinding Yang Betul
Perhatikan betul-betul 2 gambar di atas. Gambar bawah adalah bilik mandi di mana jubinnya dipasang oleh tukang asal sebelum projek terhenti.
Jika diperhatikan secara teliti, jarak antara jubin juga memperlihatkan kemahiran seseorang yang memasang jubin. Jubin dipasang dalam jarak yang rapat, menghasilkan satu garisan halus. Teknik ini lebih baik kerana jika jarak agak lebar, ini akan memudahkan kesan kekotoran melekat di garisan putih dan lama kelamaan akan muncul tompokan seakan-akan kulat di atas garisan putih itu.

Dah cukup ke belajar mengenal cara pemasangan jubin yang baik? Seronok bukan? Jika anda ingin rennovate rumah, silalah beri perhatian akan hal ini sebab sekali pasang jubin kosnya beribu ringgit dan takkan la hari ini pasang, setahun kemudian kopek balik dan pasang jubin baru. Rasanya tak mungkin. Bill Gates boleh la buat camtu.

Ok, last-last. Yang ini pun satu hal jugak. Bila aku duduk termenung atas mangkuk putih termenung tu, aku akan sentiasa memandang ke arah bahagian lantai yang bertemu dengan jubin dinding. Ehmmmm....korang tengok sendiri lah.


Cara Pemasangan Sambungan Jubin Lantai Dan Dinding Yang Tidak Kemas
Cara Pemasangan Sambungan Jubin Lantai Dan Dinding Yang Tidak Kemas
Alangkah baiknya jika garisan jubin lantai disamakan dengan garisan jubin dinding. Ianya akan nampak lebih kemas. Sedap mata memandang ketika mencari ilham di mangkuk tandas.

Ada banyak lagi tips-tips finishing yang aku nak kongsikan cuma kekangan masa sahaja buat masa ini. Doakan kesihatan aku bertambah baik semoga jari-jemari ini terus kuat menaip. Biarlah rumah aku buruk dari segi finishing tetapi rumah korang cantik. Tak mengapa. Itu semua satu kerja amal aku di dunia yang singkat ini.


Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit

Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di ap...