Tuan,
NOTIS
KEPADA KONTRAKTOR UNTUK MENYAMBUNG KERJA-KERJA PROJEK UBAHSUAI RUMAH YANG
TERHENTI
Saya, XXX telah melantik syarikat tuan yang didaftarkan atas nama YYY untuk melakukan kerja-kerja ubahsuai rumah ke atas
rumah saya.
...
...
Dukachita
dimaklumkan bahawa tuan sebagai kontraktor telah gagal menguruskan projek rumah saya dengan
baik. Pada ketika surat ini dikeluarkan, telah hampir 2 minggu projek terhenti.
Beberapa siri
rundingan yang telah dijalankan di antara pihak pemilik dan kontraktor telah
menghasilkan keputusan yang nyata tidak memihak kepada pemilik.
Adalah dengan ini saya sebagai pemilik mengarahkan
pihak kontraktor untuk menyambung kerja-kerja yang terhenti selewat-lewatnya
pada Jumaat 28/3/2014. Pihak kontraktor telah pun menerima notis lebih awal
pada Isnin 24/3/2014 menerusi sistem pesanan MMS yang membawa maksud yang sama
seperti surat ini. Kegagalan pihak
kontraktor untuk menyambung kerja selewat-lewatnya pada Jumaat 28/3/2014 akan menyebabkan
pihak pemilik mengklasifikasikan projek ubahsuai rumah tersebut sebagai projek
terbengkalai.
Berkuatkuasa serta-merta, TIDAK
ADA SESIAPA PUN yang dibenarkan memasuki tapak projek tanpa keizinan pemilik.
Pihak
kontraktor disarankan untuk membuat persiapan membawa keluar peralatan binaan, contohnya
seperti cangkul, scaffolding, kereta
sorong, kayu sokongan slab/beam dan sebagainya. Manakala bahan binaan,
contohnya seperti pasir, simen, kapur plaster, batu-bata, atap genting, cat dan
sebagainya, adalah dilarang sama-sekali
dibawa keluar dari tapak projek. Bahan-bahan binaan ini adalah sepatutnya
digunakan untuk tahap siap binaan peringkat ke-4 yang telah dipersetujui
didalam dokumen sebutharga yang telah ditandatangani oleh pemilik dan
kontraktor. Sila rujuk kepada LAMPIRAN 1
: Rangka Perjanjian Pembayaran. Manakala bahan-bahan binaan peringkat
seterusnya seperti cat undercoat yang
telah dibeli lebih awal oleh pihak kontraktor akan digunakan oleh pemilik bagi
menampung kerugian atas kos-kos pembelian tingkap, pintu, wiring dan
sebagainya, seandainya pihak kontraktor tidak menyambung kerja-kerja yang
terhenti.
Sekiranya pihak
kontraktor tidak menyambung kerja-kerja yang terhenti pada tarikh yang
ditetapkan, maka, pemilik dengan ini mengarahkan pihak kontraktor untuk membawa
keluar peralatan binaan dari tapak projek selewat-lewatnya
pada hari Sabtu 29/3/2014. Kegagalan pihak kontraktor untuk mematuhi
perenggan ini akan menyebabkan pemilik melupuskan peralatan binaan tersebut.
Sekian, terima
kasih.
Yang benar,
AKU
No comments:
Post a Comment
Ada sesuatu yang ingin anda kongsikan?