Kerja membina bumbung secara keseluruhannya mengambil masa 1 minggu. Cuaca begitu baik tidak hujan di sepanjang proses membina bumbung.
Ada satu sudut dibahagian bumbung yang tidak bersambung, dan bila aku tegur Tukang, dia kata "alaaah...itu tak mengapa...sudah kuat ituuuuu."
Aku malas nak bertegang urat dengan Tukang, aku cuma bertindak komplen kat kontraktor dan ayat aku pada kontraktor begini :
minta ingatkan Tukang tentang kualiti kerja jgn diabaikan. Kita tak bercakap tentang kekuatan kayu tetapi lebih melihat kepada kualiti kerja. Umpamanya kalau roda kereta yang mempunyai 4 skru tetapi bila kita tukar tayar, Cina kedai hanya pasang balik 3 skru. Kita dah perasan dan dah tegur pasal 1 skru yang tak dipasang tapi bila Cina kedai tu kata "3 skru pun sudah kuat maaaa... tak perlu pasang 4."
Persoalannya - adakah kita boleh terima jawapan itu. Memang roda kereta takkan tercabut dengan hanya dipasang 3 skru yang diikat dengan kuat. BUKAN SOAL KEKUATAN DI SINI TETAPI LEBIH KEPADA KUALITI KERJA!
Tulisan Italic kat atas tu adalah lebih kurang mesej aku kpd kontraktor.
Katalah aku ada kedai
tayar dan Tukang datang kedai aku tukar tayar, pastu aku pasang 3 skru
aje. Kalau dia tanya kenapa tak pasang 4 skru balik? Aku akan jawab "...sini aku kasi tahu...3 skru sudah cukup kuat Mas, roda tidak bisa tercabuttttt....tak perlu 4 skru, lagipun bila tambah skru nanti roda jadi berat, kurang laju mobilnya dan petrolnya nanti tinggi." Agak-agaknya dia nak bayar aku ke kalau aku bagi jawapan macam tu?
Serentak dengan kerja membina bumbung, seorang mengopek papan lantai slab dan 2 orang mula menaikkan pasir ke tingkat atas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit
Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di ap...
-
Kalau dah janji kenalah ditunaikan. Dalam posting sebelum ini aku pernah kata yang aku akan kongsikan berkenaan konsep looping pendawaian el...
-
Untuk mengalih kabel letrik , dinasihatkan anda mendapatkan khidmat TNB. Bukannya apa, ini elektrik bukan air, salah alih mungkin mendatangk...
No comments:
Post a Comment
Ada sesuatu yang ingin anda kongsikan?