Mengapakah Sistem Auto Gate Ini Amat Penting?
Banyak yang telah diperkatakan di laman-laman Web berkaitan perkara ini dan kesimpulannya adalah seperti berikut :
- mudah membuka dan menutup pintu pagar tanpa perlu seseorang membukanya.
- amat berguna apabila cuba membuka atau menutup pintu pagar sewaktu hujan sedang turun.
- mampu mengurangkan risiko diserang oleh pihak yang cuba menyamun mereka yang keluar dari kereta. Namun begitu anda perlu melihat cermin sisi dan belakang kerana dikhuatiri penyamun berlindung dibelakang kereta dan berjalan masuk membontoti kereta anda. Tips - reverse kereta laju sikit sebelum bergerak masuk ke rumah anda. Kalau ada penyamun memang dah terpelosok bawah kereta la jawabnya. Tips bunyi macam kartun aje tapi praktikal. Hahaha...
Pada asasnya berikut adalah komponen yang ada pada sesebuah sistem auto gate. Ianya boleh berfungsi secara sendiri menerusi alat kawalan jauh atau dipanggil remote control tetapi keberkesanan kawalan jauh ini tertakluk pada jarak yang dekat sahaja.
- Stainless steel component
- AC/DC motor
- Aluminium component
- Screw thread
- Copper wirings
- Electronic / electrical control board
- Gearbox
- Remote control
- Electrical and magnetic lock
- Rechargable backup battery
Bahagian yang amat subjektif untuk dibicarakan. Beberapa faktor perlu diambilkira :
- Sudah tentu kos belian dan pemasangan. Bukanlah nak jadi tamak, nakkan yang berkualiti pada harga murah memangla payah nak jumpa. Mana ada produk berkualiti pada harga murah. Kalau ada pun mungkin produk TipuSwingGate. Dah la kena tipu kena swing lagi. Memadailah dengan mendapatkan yang murah tapi kualiti yang sederhana baik.
- Bantuan selepas jualan yang boleh dipercayai. Kena cari syarikat yang establish sikit supaya masih kekal beroperasi selepas pemasangan. Takut minggu ni pasang, bulan depan dah takde dah kompeni tu. Payah nanti nak minta khidmat sokongan bila berlaku masalah pada auto gate. Kalau selepas tempoh jaminan takpe la kalau mereka nak tutup kedai. Kita panggil dia ke atau orang lain ke... masih tetap kena bayar kos perkhidmatan.
- Alat-ganti yang murah. Sebaiknya jenama yang dipilih mempunyai alat-ganti yang murah dan mudah didapati. Kalau dapat yang jenis boleh terima jenama universal lagi baik. Apa maksudnya jenama universal? Maksudnya ialah auto gate tu boleh berfungsi dengan alat ganti dari jenama lain atau yang langsung tak berjenama. Payah gak nak dapat jenis yang macam ni. Biasanya pengeluar produk cuba menjadikan komponen alat-ganti mereka unik.
- Bilangan channel paling kurang 3 channel dimana channel 1 untuk buka dua-dua belah pintu, channel 2 untuk buka pintu sebelah kiri dan channel 3 untuk buka sebelah kanan sahaja. Sesuai untuk buka pintu untuk keluarkan motorsikal, basikal, buang sampah di luar rumah dan untuk tujuan lain yang tidak memerlukan gate dibuka keseluruhannya. Ada yang offer 4 channel dimana salah satu channel untuk menghidupkan lampu. Ini pun bagus juga bila sampai depan gate aje boleh terus hidupkan lampu porch. Takla gelap bila keluar dari kereta.
- Stainless Steel. Komponen ini kebanyakannya pada masa kini datang dalam bentuk stainless steel. Kalau besi, mudah karat untuk tempoh lama.
Apakah Kriteria Pemilihan Vendor Auto Gate Yang Terbaik?
- Kualiti pemasangan yang kemas. Sebaik-baiknya panggil penjual datang ke rumah dan tanya bagaimana perancangan pemasangan yang akan dilakukan oleh mereka. Terutama sekali aspek pendawaian, dimana kabel akan dilalukan, dimana suis akan diletakkan, dimana kotak kawalan akan dipasang. Semua ini penting untuk menjamin kesedapan mata yang memandang setelah auto gate siap dipasang. Murah bukan bererti mereka boleh buat semua benda ikut apa yang mereka rasakan sesuai sahaja. Kita kena berpuashati dulu dengan susun-atur komponen-komponen yang akan dipasang. Banyak kes pelanggan yang merungut mengenai kerja-kerja pemasangan yang tidak kemas.
- Pendawaian. Kalau boleh dapatkan saiz kabel yang besar, paling tidakkan 1.5mm. Kalau mereka boleh tanam kabel dari jenis armoured cable lagi bagus. Armoured kabel lebih sesuai digunakan jika kabel ditanam didalam tanah. Laluan ditepi dinding boleh menggunakan cover paip putih, jauh lebih murah dari armoured cable. Contoh armoured cable seperti dibawah. Ia lebih selamat tidak mudah putus sekiranya anda tercangkul sewaktu berkebun. Terdapat lapisan besi disekeliling bahagian dalam lapisan luar. Berbincanglah dengan vendor auto gate dan dapatkan pilihan sebutharga jika anda memilih armoured cable.
Credit Photo : https://electeng.wordpress.com/2011/10/18/steel-wire-armoured-swa-cable/ |
- ELCB berasingan. Perkara ini juga perlu diambilkira. Setiap vendor sudah tentu ingin memaksimakan keuntungan. Mereka mungkin tidak menggunakan ELCB yang berasingan untuk menjimatkan kos. ELCB tidak mahal, cuma dalam lingkungan harga RM10, jadi berbincanglah dengan mereka. Jika perlu tambah sedikit duit, tambahlah asalkan tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.
Sama macam auto gate saya. Baru pakai setahun tp selalu auto gate terbuka sendiri. Lepas tu pergerakan auto gate tak laju macam mula2 pasang.
ReplyDeleteSiap ada bunyi krik krik krik pada arm auto gate.
Saya minta Fata Bestari Holding pasang, dah report tp senyap sampai sekarang. Servis teruk dari mereka.
Dah berbulan tp tak ada update status langsung.
Ingat nak tukar autogate yg lebih berkualiti
Auto gate saya dah masuk tahun ke-5 masih ok. Local brand.
DeleteAutogate yg mcm mne yang bagus? Mcm dlm video tu ok ke? Yg x pakai roller tahan x?
ReplyDeleteautogate yang mne paling lasak?jenis mcm mne..
ReplyDelete