Monday, January 27, 2014

Membina Tiang Tingkat Atas | Minggu Ke-8

Kepuk-kepuk beam dibuka dan pekerja mula menaikkan barang-barang binaan ke tingkat atas.




Serentak dengan itu juga, besi konkrit untuk tiang mula dipasang.



Setelah itu kepuk tiang konkrit dipasang dan ditegakkan. 


Campuran simen, pasir dan batu kemudiannya dituang ke dalam kepuk tiang.






Tuesday, January 21, 2014

Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-7

Di minggu ke-7 kerja-kerja memasang besi bagi lantai slab masih diteruskan. 

Setiap penghujung besi dicangkukkan ke dinding bangunan asal bagi menjamin kekuatan.


Kerja-kerja mencangkuk dan mengikat besi sepertimana gambar di atas.

Dapat dilihat dengan jelas dalam gambar di atas jaringan petak-petak kecil yang dibentuk dari rangkaian besi yang dihamparkan secara bersilang lalu diikat. 
Bahagian dinding bangunan utama diketuk sehingga menampakkan besi tetulang bagi tujuan mencangkuk besi yang baru.

Seterusnya, lori siput dipanggil untuk memuntahkan simen ke seluruh papan lantai slab dan beam.




Tuesday, January 14, 2014

Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-6

Kerja-kerja membina lantai slab diteruskan pada minggu ini. Satu jaringan besi dipasang dan diikat antara satu sama lain.



Perhatikan juga didalam gambar, dipasang corong saluran mangkuk tandas, paip saluran air mandian dan air sinki. Anda perlulah memberitahu tukang di mana corong-corong ini perlu diletakkan mengikut cita-rasa anda.
Bila simen dilepakan pada papan lantai slab dan telah mengering, corong ini akan membentuk satu lubang bulat. Kaedah ini lebih baik untuk memastikan tiada kebocoran lantai.



Terdapat 6 orang pekerja yang begitu sibuk melakukan kerja pada peringkat ini.



Tuesday, January 7, 2014

Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-5

Kepuk-kepuk beam dibina menyusuri setiap dinding. Manakala papan plywood dipasang bagi melapik curahan simen untuk membina lantai atas.




 Tongkat-tongkat kayu dipacak bagi menyokong lantai atas dan beam.


Kerja-kerja kasar ini memakan masa yang panjang kerana setiap beam perlu dimasukkan besi yang diikat terlebih dahulu. Satu pasukan membina kepuk-kepuk beam manakala satu lagi pasukan membina besi konkrit.

Monday, January 6, 2014

Mengikat Batu Bata Untuk Binaan Tingkat Bawah | Minggu Ke-4

Bilangan tenaga kerja ditambah kepada jumlah 8 orang berbanding 6 orang sebelum ini. Ini bertujuan menyiapkan kerja-kerja mengikat batu bata pada tempoh yang singkat.



Nampak macam senang je kerja ikat batu bata ni. Rasa macam aku pun boleh buat. Ambik benang sebagai penanda kelurusan baris bata yang diikat, kemudian letak sikit simen dan susun aje macam dalam gambar tu.



Besi halus yang segulung tu dinamakan "entah", aku lupa lak nak tanya menatang apa tu. Nanti aku semak kat Google. Dihampar atas batu setiap 3 kaki kot.



Banyak dinding maka banyakla batu kena ikat. Yang aku perasan, bahagian dinding yang tiada tingkap, mereka tak kisah samaada batu yang diikat mencuram ke kiri atau kanan. Tapi dinding yang mempunyai tingkap mesti "level" kedudukan batunya jika tidak, akan memberi kesan pada kedudukan tingkap.

Thursday, January 2, 2014

Membuka Kepuk Tiang Konkrit | Minggu Ke-3

Semalam semua pakat cuti tahun baru 2014. Cuti-cuti jugak, jangan sampai projek lebih tempoh pulak nanti. Hari ini kepuk-kepuk tiang konkrit dibuka macam belah lemang.



Serentak dengan pembukaan kepuk-kepuk tersebut, sebahagian pekerja mula memasukkan ketulan-ketulan batu-bata ke petak binaan. Mereka memilih untuk mengikat batu batu dahulu sebelum membina beam tingkat atas. Ada aku nampak sesetengah binaan membina rangka keseluruhan terlebih dahulu barulah kerja mengikat batu bata dilakukan, tapi lain pulak cara mereka. Rasanya tidak salah mana-mana dulu pun boleh.






Wednesday, January 1, 2014

Membina Tiang Konkrit | Minggu Ke-3

Beberapa hari sebelum lantai asas dilepakan, team projek menyiapkan kepuk tiang untuk tujuan membina tiang konkrit. Kepuk dibuat secara bertangga, mungkin bertujuan agar mudah dipanjat, mudah dipalang untuk menguatkan kedudukan kepuk. Mungkin juga untuk memudahkan kepuk diketuk untuk dileraikan dari simen konkrit yang mengeras.

  

Didalam gambar dibawah, kelihatan kepuk-kepuk tiang telah didirikan dan banyak palang kayu dipaku ke kepuk untuk menstabilkan kedudukan kepuk secara menegak. Penggunaan ladung pengukur digunakan untuk memeriksa ketegakan kepuk kayu. Ini penting dilakukan sebelum simen konkrit dicurahkan ke dalam kepuk.


  

Setelah kesemua kepuk dipastikan tegak dan disokong oleh palang-palang kayu untuk mengekalkan kedudukan kepuk dari beralih apabila dipanjat, seterusnya simen konkrit dicurahkan.

Kebiasaannya pekerja dengan badan bersaiz kecil akan memanjat kepuk untuk mencurahkan simen. Kalau badan besar gedabak, mungkin tak sesuaila, takut kepuk jadi senget dan kena ukur balik.

Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit

Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di ap...