Monday, December 30, 2013

Memasukkan Simen Ke Lantai Asas | Minggu Ke-3

Seawal pagi lagi, kerja melepa simen asas untuk lantai. Kerja paling mudah, setiap plastik diperbetulkan begitu juga besi BRC. Lori simen akan mencurahkan muatannya ke dalam petak lantai yang terhampir. Menggunakan penyodok, mereka akan meratakan simen ke segenap inci lantai.


Beginilah keadaannya setelah siap dilepa. Nampak tak kemas, tidak mengapa sebab diperingkat akhir projek, akan diratakan lantai tersebut.


Untuk keluasan sebegini memerlukan 2 lori simen. Sementara menunggu simen kering, mereka sambung kerja-kerja mengikat besi. Kali ni semua sekali ikat besi sebab takde kerja boleh dilakukan di petak binaan.


Saturday, December 28, 2013

Memasang Plastik Penghalang Kelembapan Tanah Dan BRC - Minggu Ke-2


Macam buat petak tanam sayur pun ada nampaknya. Lapisan plastik bawah besi petak-petak tu adalah untuk menghalang kelembapan air dari tanah menyerap ke lantai. Kalau sesiapa nak buat lantai laminated floor memang digalakkan pasang plastik ni.



Besi petak-petak tu dipanggil BRC. Apa itu BRC?



Friday, December 27, 2013

Membina Tapak Lantai Tingkat Bawah - Minggu Ke-2

Setelah laluan paip najis dan paip air dapur, sinki basuh tangan disiapkan, lalu kerja-kerja meratakan tanah dilakukan. 



Banyak juga tanah yang dibuang kerana lubang footing yang digali agak besar. Tanah dibahagian tepi grid beam dimampatkan. Tukang akan memastikan laluan paip sepertimana yang dikehendaki oleh tuanrumah. Adakalanya apa yang tercatat di pelan rumah adalah berdasarkan pada idea 3-4 bulan yang lepas, bila pelan dah lulus, datang pulak idea baru. Jadi, pindalah apa yang patut asalkan jangan pinda pelan asas rumah udahlerrr...


Tuesday, December 24, 2013

Menyiapkan Keseluruhan Grid Beam | Minggu Ke-2

Semalam hari Ahad, tukang tak bekerja. "Ini hari off, esok public holiday, lusalah boss", kata-kata siapa tu, cuba teka.

Kerja memasang grid beam diteruskan dengan sebahagian pekerja mengikat besi dan sebahagian yang lain memasukkan tetulang beam ke dalam kepuk.



Serentak dengan itu juga, simen dicurahkan ke dalam kepuk sehingga paras besi atas tetulang. Bahagian atas memang ditinggalkan sedikit untuk meletak besi BRC. Entah aku pun tak tau apa makna BRC.



Membina Laluan Paip | Minggu Ke-2


Haa... yang ini memang seronok sikit nak cerita. Pasal apa, kita eloklah ada di tapak projek sebab kita patut tahu dimana laluan paip tersebut. Bukan apa, nanti 7-8 tahun kemudian kalau ada masalah tersumbat, kita tahu dimana kedudukan laluan paip, jadi mudahlah urusan kerja mengetuk lantai. 


Dalam kes rumah ni, manhole dikekalkan ditapak asal. Bercakap pasal manhole ni, sebenarnya pihak berkuasa tempatan tidak kisah pun jika manhole berada didalam rumah. Ramai yang main serkap jarang aje, kata kena letak di kawasan terbukalah, itu semua tidak benar!



Elakkan dari penggunaan paip yang disambung berbentuk "T" kerana jika tersumbat, susah rotan penjolok melaluinya. Cuba dapatkan laluan lurus.


Pastikan corong kepala paip yang mengalirkan najis tepat ke longkang didalam manhole. Kalau tak nanti habis berselepet najis kat situ. Kalau berselepet (selepet itu kesan percikan) pun memang tak mengeluarkan bau sebab manhole mempunyai penutup tetapi jika sekali-sekala anda buka akan nampak memualkan la. Ini tahik siapa? Aku bukan, kau la. Elakkan dari konflik sebegini.

Sementara kerja-kerja pemasangan paip dijalankan, sebahagian pekerja menyiapkan keseluruhan grid beam. Kerja memasang paip ini agak rumit sehingga mengambil masa 3 hari. Kedudukan mesti betol, kalau tak lepas lantai simen dicurah, dah tak boleh dipinda lagi. Pinda boleh tapi ongkosnya ditambah ya.












Monday, December 23, 2013

Membina Grid Beam | Minggu Ke-2

Kerja-kerja memasang grid beam dilakukan disepanjang petak-petak bahagian yang akan dinaikkan dinding. Ada juga bahagian yang tidak mempunyai dinding dipasang grid beam bertujuan untuk menyokong kekuatan tiang di tapak footing. Kiranya seperti sebuah rantaian yang menyokong setiap petak.







Amat rumit kerja-kerja tapak asas ini. Progress pun nampak di mata kasar seperti perlahan tetapi itulah peringkat yang paling penting.


Tetulang besi seperti badan lipan dimasukkan di kepuk kayu yang dipasang mengapit tiang di sepanjang tapak footing.







Saturday, December 21, 2013

Memasukkan Simen Konkrit Ke Tapak Footing | Minggu Pertama

Keesokannya seawal pagi, simen konkrit dicurahkan di setiap tapak footing. Tapak footing berkedalaman 1 kaki dan berbagai saiz lebar seperti 4x4 kaki, 5x5 kaki  dan sebagainya mengikut pelan struktur.




Kebiasaannya kontraktor akan menggunakan bancuhan simen dari ready mixed concrete. Lori simen akan tiba dan juga penggunaan kren mungkin digunakan.


Bancuhan simen secara manual mungkin tidak digalakkan kerana setiap kali simen dibancuh, kualiti bancuhan tidak sama. Yelahkan, kali pertama tenaga masih kuat, jadi bancuhan sekata tetapi kalau dah berpuluh-puluh kali, tentu kekuatan tenaga manusia yang membancuh menjadi berkurangan. Itu tak termasuk darjah kemalasan si pembancuh simen. Nak tepat, order saja dan lori siput akan tiba membawa simen mengikut gred yang ditempah.


Memasang Rangka Footing Di Tapak | Minggu Pertama


Rangka besi inilah yang dibina sewaktu dari hari pertama oleh sebahagian dari pekerja projek. Ianya kerja yang nampak mudah tetapi memerlukan kemahiran dalam membengkokkan besi mengikut saiz yang dikehendaki. Setiap besi besar yang dibengkokkan akan diikat menggunakan dawai yang dipintal rapi.



Setelah siap kesemuanya rangka besi footing ini kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang footing. Sekali lagi ukuran grid akan dibuat. Selepas itu asas tiang atau stump akan dipasang dirangka besi footing.



Bancuhan simen akan dimasukkan ke dalam tapak footing. 


Kebiasaannya kontraktor akan menggunakan bancuhan simen dari ready mixed concrete. Lori simen akan tiba dan juga penggunaan kren mungkin digunakan.

Friday, December 20, 2013

Menggali Lubang Footing | Minggu Pertama

Kerja-kerja menggali lubang footing dilakukan setelah siap semua proses penandaan. Sewaktu proses penandaan ini, dinasihatkan anda berada di tapak projek bagi memastikan saiz binaan adalah betul dan mengikut spesifikasi pelan struktur.


Setelah itu satu lapisan simen akan dilepakan sebagai dasar footing (lean conc) seperti gambar dibawah.
Simen dibiarkan kering dan sementara itu kerja membina rangka footing diteruskan. Sebenarnya sejak dari hari pertama lagi sebahagian pekerja akan melakukan kerja ikat besi bagi rangka footing.


Thursday, December 19, 2013

Menanda Kawasan Lubang Footing | Minggu Pertama

Pasukan kontraktor datang memulakan kerja. Dimulai dengan pembacaan pelan rumah dan pelan struktur dan melakukan kerja-kerja penandaan.



Kayu-kayu yang akan digunakan untuk kerja menanda petak-petak binaan.
Oooo... macam ini cara menandanya. Ianya dimulai dengan memagar kawasan keliling dengan kayu atau juga dipanggil side rail dan setelah itu ukuran grid direntang menggunakan benang.



Pada setiap benang yang bersilang berkemungkinan besar itu adalah tiang konkrit yang perlu dibina. Penentuan tiang konkrit adalah merujuk kepada pelan bangunan dan pelan struktur. Setelah itu sebuah kotak ditandakan dengan cat bagi kerja-kerja mengorek lubang footing. Footing ini juga dipanggil tapak kaki gajah.

Tuesday, December 17, 2013

Rumah Asal | Minggu Pertama

Inilah bentuk rumah asal. Cinonet je. Diam tak diam dah 10 tahun aku duduk rumah ni. Kini bermulalah fasa baru dalam bentuk asal rumah ini. Dijangkakan projek ubahsuai akan berjalan selama tiga setengah bulan.


ubahsuai rumah

Dulu ada awning tapi sebab nak submit plan ke MPKj, maka, terpaksalah cabut. Kena ambil gambar dan sertakan dengan plan kepada pihak berkuasa tempatan. Kalau tidak nanti kena penalti RM300 mengikut kata arkitek. Arkitek pun orangnya jujur sebab bila aku suruh ambil gambar rumah lain yang takde awning, dia tak nak buat. Syabas!

ubahsuai rumah

Pandangan sisi kelihatan begitu kompak. Baku betul bahasa aku ni. Lalang-lalang pun sengaja tak potong sebab nak rennovate tak payah la potong kan. Hasan pakistan memang tak suka aku rennovate rumah sebab kurang dah sorang customer dia. Dia selalu potong rumput rumah aku.

ubahsuai rumah

Pokok pandan jauh ke tengah, tapi pokok pandan aku jauh ke tepi, tingginya enam kaki. Aku ambik benih dari Kampong Pandan, KL.

Monday, December 16, 2013

Pindah Rumah

Terpaksa buat juga walaupun kerja bertambah. Kalau tak pindah memang pening kepala nanti sebab anak-anak masih kecil dan diaorang memang tak makan saman. Nanti sibuk pulak dia jadi pekerja tambahan kat tapak projek.


Buat sementara barang tumpang rumah sebelah. Nasib baik dapat jiran yang baik hati. Thank you Nik. Nak memindahkan barang pun perlukan bantuan jiran tetangga dan lori. Nasib baik semua ini mudah didapati. Ada jiran yang punya lori dan ada pula yang berkemahiran memandu lori. Tanpa rakan-rakan jiran dah tentu urusan pemindahan lebih rumit.

Perkara terakhir ialah memindahkan piring Astro. Nak jimat kos, jadi aku buka dan pindahkan sendiri ke rumah sewa. Dan lepas itu mula bengang sebab puas dah adjust piring tapi masih tak dapat siaran. Tengok rumah sebelah kiri dan ikut sama macam piring jiran tapi masih tak dapat.

Kalau nak tahu cara-cara pasang, sila download manual di sini.

Masalahnya aku cuba dapatkan skrin untuk tengok signal strength tapi tak jumpa pulak. Terdapat satu skrin setting berkaitan satelit tetapi perlukan PIN number. Jadi aku call Astro dan mereka kata PIN number ialah "0000" (empat kali digit 0). Haa... barulah ada sedikit keyakinan bila dapat masuk skrin signal strength. Yang belah kiri perlukan signal strength paling kurang 80% dan sebelah kanan perlukan signal strength 100%. Ini pun setelah merujuk kepada jiran. Selepas itu aku cuba pula adjust piring Astro ikut jiran sebelah kiri. Haa... kali ni tepat sasaranku. Terus dapat signal. Yeeehaaaa.... Pelik pulak aku, siaran apa yang jiran sebelah kanan aku dapat. Rumah sederet tapi piring berbeza halanya. Arrghhh... lantakla, asalkan aku dapat siaran.

Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit

Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di ap...